PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM PARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT,
SELAMAT DATANG KE BLOG INI. HARAP DAPAT BERI PENGAJARAN DAN IKTIBAR PADA KITA SEMUA

MASJID NABI

MASJID NABI

Pengikut

Selasa, 2 April 2013

Golongan Umat Islam

Assalamualaikum......tuan&puan2 di dlm islam hanya satu golongan saja Allah telah firman .Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah (1), daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya(2), dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah(3), (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini (4) orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa(5) karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Hadith عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : افْتَرَقَتِ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً ، وَتَفَرَّقَتِ النَّصَارَى عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً ، وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً. Artiya: Dari Abu Hurairah ia berkata: Rasulullah saw telah bersabda: Kaum Yahudi telah terpecah menjadi tujuh puluh satu (71) golongan atau tujuh puluh dua (72) golongan, dan kaum Nasrani telah terpecah menjadi tujuh puluh satu (71) atau tujuh puluh dua (72) golongan, dan ummatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga (73) golongan.

Kenapa kita diciptakan Oleh Allah S.W.T

''Menitis airmata bila baca , meremang bulu roma .. Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' 6 perkara Allah sembunyikan Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'... Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.' Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .' Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. #wahai rakan-rakan yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua sahabat kita yang lain kembali ke pangkal jalan. Sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. InsyaAllah.. :')

Perbezaan pendengaran dan penglihatan di antara Allah dan manusia :

Pendengaran dan Penglihatan ALLah : tidak dengan telinga dan mata tidak dengan suara atau objek tanpa halangan tanpa batasan tidak terpengaruh dengan keadaan dan suasana tanpa alat Bantu. Pendengaran dan Penglihatan manusia : dengan telinga dan mata dengan suara dan objek ada halangan ada batasan dipengaruhi oleh keadaan dan suasana memerlukan alat bantu Dalil Naqli : Firman Allah yang bererti : Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Surah al Haj : 61)