Dakwah dalam kelembutan
setiap perbuatan yang lembut amat dititik beratkan kerana Sifat itu boleh menyebabb kan pengaruh ini dapat dilaksanakan dalam kerja dakwah, oleh itu wahai pemimipin islam teruskan lah dakwah dan jgn mudah putus asa
PENGENALAN
ASSALAMUALAIKUM PARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT,
SELAMAT DATANG KE BLOG INI. HARAP DAPAT BERI PENGAJARAN DAN IKTIBAR PADA KITA SEMUA
SELAMAT DATANG KE BLOG INI. HARAP DAPAT BERI PENGAJARAN DAN IKTIBAR PADA KITA SEMUA
MASJID NABI
Pengikut
Khamis, 11 Julai 2013
10 Kesalahan Popular Suami Kepada Isteri
10 Kesalahan Popular Suami Kepada Isteri | Dewasa ini, kita banyak mendengar tentang berita-berita kes penceraian dalam keluarga Melayu Islam di Malaysia. Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 minggu pun dah bercerai. Padahal, bercinta bertahun-tahun boleh pulak tahan. Maka, Kisah Best pada kali ini ingin berkongsi tentang 10 (sepuluh) KESALAHAN-KESALAHAN suami yang banyak dilakukan terhadap isterinya yang mungkin menjadi asbab kepada peningkatan kes penceraian di Malaysia ini.
Isteri itu adalah amanah Allah kepada suami.
1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie & tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}
Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid misalnya)
2. Suka Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya.Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}
3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.
Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}
4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}
Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}
5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.
6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.
Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}
7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.
8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda:
“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani}
Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}
9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & anak-anaknya.
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}
Sikap ini merupakan KEADILAN yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.
10. Lemahnya Kecemburuan
Para suami memBIARkan keelokan, keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.
“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}
Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.
Semoga bermanfaat buat kita semua.. InsyaAllah.
Selasa, 2 April 2013
Golongan Umat Islam
Assalamualaikum......tuan&puan2 di dlm islam hanya satu golongan saja
Allah telah firman
.Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah (1), daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya(2), dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah(3), (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini (4) orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa(5) karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Hadith
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : افْتَرَقَتِ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً ، وَتَفَرَّقَتِ النَّصَارَى عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً ، وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً.
Artiya: Dari Abu Hurairah ia berkata: Rasulullah saw telah bersabda: Kaum Yahudi telah terpecah menjadi tujuh puluh satu (71) golongan atau tujuh puluh dua (72) golongan, dan kaum Nasrani telah terpecah menjadi tujuh puluh satu (71) atau tujuh puluh dua (72) golongan, dan ummatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga (73) golongan.
Kenapa kita diciptakan Oleh Allah S.W.T
''Menitis airmata bila baca , meremang bulu roma .. Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia''
6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'...
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
#wahai rakan-rakan yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua sahabat kita yang lain kembali ke pangkal jalan. Sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun.
InsyaAllah.. :')
Perbezaan pendengaran dan penglihatan di antara Allah dan manusia :
Pendengaran dan Penglihatan ALLah :
tidak dengan telinga dan mata
tidak dengan suara atau objek
tanpa halangan
tanpa batasan
tidak terpengaruh dengan keadaan dan suasana
tanpa alat Bantu.
Pendengaran dan Penglihatan manusia :
dengan telinga dan mata
dengan suara dan objek
ada halangan
ada batasan
dipengaruhi oleh keadaan dan suasana
memerlukan alat bantu
Dalil Naqli :
Firman Allah yang bererti :
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Surah al Haj : 61)
Ahad, 3 Februari 2013
KISAH PADERI KRISTIAN MENEMUI HIDAYAH NYA ....
Nama saya Farhan Bin Abdullah.
Nama asal saya sewaktu beragama Kristian
ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah
dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang
menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di
Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk
menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS
bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha
kami mendapat sokongan penuh kerajaan
negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam
berbagai program. Selalunya program
khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya
membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/
=. Berbagai aturcara dibuat untuk
membantu orang kampong. Kami ziarah
rumah kerumah. tanya masalah mereka dan
bantu mereka. berbagai masalah diluahkan.
Ada kami bantu dengan duit secara
spontan. Ada kami hantar keperluan
harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka.
Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan
susulan,kami berjaya mengkristiankan
mereka. Paling berbaloi kami mengkristian
remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan
intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/=
setiap seorang Islam yang dimurtadkan.
Bayangkan pendapatan saya ketika masih
dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3
saya dan beberapa rakan mengambil m/
pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih
dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran
ini setanding dengan lukisan). Saya
mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya
belajar di sekolah asrama penuh. Saya
terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan
memudahkan saya menyebarkan agama
kristian. Saya mempunyai beberapa soalan
yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh
orang Islam. Pada suatu hari sewaktu
tingkatan Enam bawah, saya bersemuka
dengan Ustaz yang mengajar saya (saya
panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa
soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini,
boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu
bersedia. Lalu saya bersama beberapa
rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog
secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama
Kristian,agama saya”. saya kemukakan
beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja.
Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah
agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan
turun bersama Iman Mahadi membebaskan
kezaliman dan kekacauan dan bukannya
Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini
orang Islam suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau
begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat
menjawab pertanyaan saya dan kawan-
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan
kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3
persoalan yang tidak mampu saya
menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi)
mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1
dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya
dengan beberapa orang paderi, kawan-
kawan bapa saya. tetapi mereka enggan.
Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan
bertemu bapa saya seorang ketua paderi.
Ternyata bapa saya juga tidak mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh
ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya
memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’
datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah
ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya
gemar berdialog dengan ustaz itu. saya
memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya
mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3
orang berjubah. Seorang berjubah hitam
membawa salib. Seorang berjubah putih
membawa bendera bertulisan jawi. Dan
seorang berjubah hijau yang meminta saya
membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan
berjubah putih saling menarik saya
mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya
dapati yang berjubah hitam semakin
tengelam dan yang berjubah putih semakin
tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya
terjaga. Saya mendengar suara azan dan
ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,”
mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya
katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz
itu minta saya bersabar untuk dia uruskan
dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas
itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke
rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian
saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa
saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa
bergegas masuk dan keluar semula dengan
mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba
emak menerkam dan peluru senapang
meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai
sepinggang. Tinggalkan keluarga saya.
Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi
sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa
oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik
habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala
Lumpur. Secara kebetulan rakan saya
Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga
memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan
Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama
kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir
yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu
di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM.
Saya masuk pula Maahad Tahfiz.
Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz
selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja
dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak
masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka
dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak
jawatan.
Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak
berdakwah pun merungut duit over
time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya
jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas
dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan
orang..kini saya mahu berjuang untuk
mengIslamkan seramai mungkin dengan
kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas
meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM
saya selalu telefon ayah,emak dan adik
beradik saya. Saya katakan jangan bencikan
saya. Saya sayang ayah.saya sayang
emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah
dan emak tetap ayah emak dunia dan
akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara
saya, saya hantarkan buku-buku Yang
sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun
saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan
buku-buku. saya menangis kerana rindukan
ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya,
sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan
halilintar saya mendapat berita…….. Ayah
saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika
itu. Saya menangis dan menangis. Saya
ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata
saya menjadi terlalu murah….saya terus
menangis…saya pejamkan mata…saya
bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat
tubuh ayah dan kami menangis
bersama……..Ya Allah betapa agungnya
kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk
Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia
dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak
gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya
sedih melihat umat Islam hari ini
berpecah.Kita berpecah kerana kita
meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita
ambil sebahagian dan kita tinggalkan
sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum
Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan
nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya
kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan.
Inilah sikap umat Islam. Saya pernah
berdialog dengan beberapa orang
pensyarah universiti tentang isu Hudud &
Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa
tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.
Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan
masuk Islam.
Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa
itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati
Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan
masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang
Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan
dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang.
Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga
diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan
Agama,mana permit polis,sapa benarkan
pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog
dengan puak Kristian,kerana saya ada
pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam
sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu
usaha yang agak ketara ialah Di IPT.
Pendakyah ini mendekati kaum
muslimah,pura-pura nak belajar
Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada
yang pura-pura masuk Islam….dan
dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling
bimbang di Universiti Putra Malaysia .
Itulah satu-satunya Universiti yang ada
gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk
memurtadkan orang Islam. Saya nak
nasihatkan kalau ada saudara kita terminum
‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City .
Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John
Paul yang jemput Perdana Menteri kita
dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3
masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul
1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat
minum dan sebahagian buat
mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan
dapat diselamatkan. insyaAllah.
Ahad, 22 April 2012
Dugaan Hamba Yang Hina #9 Create By Luqman Zulhilmi
Angin yag tenang di pagi hari, merasakan datangnya rahmat dari-Nya yang Maha Esa. Dia sudah sampai ke tempat asalnya Kuala Lumpur. Tiba waktu dia mengubah dan terus mengubah dirinya ke arah lebih baik. Dia mendapat tawaran sambung belaja ke Negeri Sembilan. Dia menyatakn hasratnya untuk berjaya ke puncak yang gemilang.Dia datang ke tempat pegajian itu sendirian tanpa keluarga menghantarnya. Dia menjejak kan kakinya kali pertama di tempat pengajian. Setelah itu, apabila dia berjalan sendiri untuk menuju ke asrama. Dalam perjalanan itu, tiba-tiba dia di tahan oleh senior-senior 'eh kau budk baru, jgn buat kerek kat sini ok? hormat senior-senior kau ok!' kata senior itu lantas berlalu pergi. dia hairan kenapa dia juga jd mangsa keadaan. Sampai di bilik, terus mengambil air sembahyang dan terus menunaikan solat asar. Dia duduk bersama seorang yang berasal dari Johor. Tetapi perwatakan lelaki itu sangat berbeza, kelihatn seperti sosial. Namun dia tetap bercakap dengan lelaki itu bernama Rahim. Setelah itu, dia keluar mengambil ketenangan, dengan adanya tangan nya di kamera, dia menangkap gambar di sekeliling bandar itu. Dia duduk di sebuah kedai sambil minum air, tiba-tiba datang seorang budak kecil 'abg nak duit sikit boleh? nak makan. lapar!' , jawab dia 'kenapa ni dik, mak mana?' budak kecil itu berkata 'mak ada kat rumah, mak kata suh carik nasik sendiri.' kawab dia' la, kesiannya mari abg belanja makan. Duduk sekali dgn abg'. Lalu di belanja budak kecil itu makan sepuas-puasnya lalu menepah makanan lebih untuk keluarganya. Sesudah makan, dia terus menghantar budak itu pulang ke rumah. Dia terkejut, kerana melihat rumah budak itu betul-betul kelihatan uzur. Lalu dia dengan semana-mana, dia pun masuk dan berjumpa dengan keluarga bdk itu. 'Makcik ni mmg orang susah dulu, sampai sekarang. Suami Makcik dah lama meninggal dunia. sejak dari makcik susah sangat-sangat, masyarakat pon dah taknk tolong makcik. Makcik sedih sgt kenapa nasib makcik begini sampai org kristian yang nk tolong makcik. Tp makcik tolak, makcik xnk. Kerana makcik percaya , Allah itu adil. Makcik kena bersabar dengan dunia ni. Kadang-kadang makcik putus harapan sampai kadang-kadang makcik nk bunuh diri.susah sangat hutang sana sini. Mcm mana makcik nk tanggung anak-anak makcik sendiri. makcik sampai xblh dah nk hantar anak-anak makcik belaja.' merintih seorang ibu tunggal dengan nasibnya sendiri. 'dia turut menangis kerana baginya orang-orang begini masih ada dalam dunia yang maju ini. Dimanakah keprihatinan masyarakat islam kita sekrang ni? 'Makcik percayalah sesungguhnya orang yang teraniya sentiasa dilindungi ALLAH asalkan kita sentiasa tabah. Jangn sesekali kita kesal dengan agama Islam. Jaminan syurga pada orang Islam.' kata dia pada makcik itu. Lalu makcik itu merintih kan air mata.Setelah itu dia keluar dari rumah itu, Tiba-tiba.....
p/s:nantikan episod yang akan datang....
Dugaan Hamba Yang Hina #8 Create By Luqman Zulhilmi
Hari berganti hari, waktu menanti ke alam sebenar telah bermula, kini hampir 2 bulan berada di sarawak dan sudah hampir masa untuk pulang ke Kuala Lumpur tempat kelahirannya. Ketika itu dia sudah mempunyai rakan yang ramai malah pernah menolong daripada pergaduhan antara melayu dan india. Pergaduhan itu bermula apabila seorang india mencari pasal dengan orang melayu terlebih dahulu, dengar khabarnya begitu. Selepas itu, dia mengentahui berita ini dia pun bergegas menuju dan menghalang mereka daripada bergaduh antara 1 sama lain. Dia cuba menghalang dan malangnya dia terkena pukulan dalam pergaduhan itu, namun dia tidak peduli asalkan yang ada dalam hatinya ketika itu agar keadaan menjadi normal semula. Namun begitu, dia mendapat cerita bahawa masih ada ketidak puas hati antara mereka semua tentang pergaduhan tadi. Dengan sifat yang berani dan waras, lalu dia berjumpa dengan semua rakan-rakannya itu tadi agar tidak lgi bergaduh. Dia berkata 'walaupun berlainan kaum tapi kita dicipta oleh yang maha esa. Walaupun kita beragama lain, tetapi kita tidak boleh mengutuk agama lain' lalu mereka senyap buat sementara dan mereka bermaafan antara satu sama lain 'kita kosong-kosong ok?'. Maka dari itu nama dia menjadi sebutan ramai di Plkn tersebut, namun dia bukan lah orang yang popular di situ sebaliknya dia ni suka menyembunyikan diri sendirian memikirkan masa hadapan.Itulah hidup beliau ketika di Plkn .Waktu kemuncak Plkn sudah tiba kini antara org Kuala Lumpur dan Sarawak akan berpisah,tiada kegembiraan dan kenangan manis yang hanya tinggal sekdar memori. Semua menangis kesedihan, kesakitan dan keperitan apabila jalinan antara kawan dijalinkan selama 3 bulan bersama berpisah begitu sahaja. Namun dia tabah dan ramai yang menghampirinya lalu berkata memohon maaf jika membuat kesilapan padanya. Dia menangis kerana dia tahu dia juga pernah melakukan kesalahan terhadap manusia biasa.Bagi dia tiada yang lebih mulia daripada dia melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Malahan dia masih merasa dosa dia kepada manusia , selama dia hidup di muka bumi berapa ramai orang yang telah dia khianati? dan berapa ramai orgkah yang pernah disakiti. Ketika ingin berpisah, Lagu Doa perpisahan di mainkan dengan penuh syahdu dan sedih tidak kira bangsa dan agama mereka merintihkan air mata kesedihan kerana kenangan yang abadi antar kawan-kawan. Dia berkata dalam hati jika perpisahan antara kawan sudah sedih begini. Bagaimanakah para sahabat menanggung kesedihan apabila ingin berpisah nabi Muhammad lalu dia beredar dari dewan itu dan menagis sendirian di tempat lain.
nantikan episod yang akan datang....
Dugaan Hamba Yang Hina #7 Create By Luqman Zulhilmi
Bermulalah sebuah pengembaraan yang besar bagi dirinya bila berjauhan selama 3 bln di Sarawak. Tidak kenal siapa, dia hanya mendiamkan diri setelah tiba di lapangan terbang. Hanya menunggu panggilan untuk berangkat ke tanah seberang Sarawak. Ketika itu, dia bersendirian tanpa teman yang di kenalinya. Namun sebelum berpisah dgn keluarga nya, dia hanya menahan air mata nya untuk mengalir dan jatuh kebumi. Disaat itu, dia risau kerana dia takut tidak dapat bertemu keluarganya lagi. Namun dia tetap tabah mengharungi pelbagai rintangan. Dia terus menuju ke arah lapangan terbang dengan dengan rasa sedih. Dia tidak lagi memikirkan apa yang perlu dia buat. Hanya terus berdoa agar dia kembali tempat tinggalnya. Lalu kapal terbang beransur terbang ke awan biru.
Sampai saja di Kuching Sarawak, turun dari lapangan terbang, dia terus menyepikan diri daripada orang sekelilingnya.
Pada waktu itu, dia tidak mengenali sesiapa pun kerana dia kurang bercakap dengan orang yg dia jarang kenal. Berlalu hari demi hari, peserta Plkn semakin ramai dan pelbagai budaya yg dia kenali antaranya Iban, Bidayuh dan Melanau. Pelbagai adat dan bahasa dia dengar sampai satu tahap dia menyedari dia harus belajar bahasa mereka untuk mendapatkan kawan baru.
Hari latihan pun bermula, di Sarawak pukul 5 sudah masuk waktu subuh. Dia bangun awal dan terus melakukan solat subuh dan dia melihat ramai peserta disitu tidak melakukan solat subuh. Dia tidk berani menegur kerana dia masih tdk mengenal orang-orang di sekelilingnya.
Akhirnya dia mendapat kawan yang bernama Axel berbangsa Bidayuh yang duduk berdepan dengan katilnya. Dia kerap bertanyakan mcm mana cara-cara untuk mempelajari bahasa Sarawak, disaat itu mereka rapat dan sentiasa bersama.
Sampai satu malam mereka panas, dan mengambil peluang utuk tidur di lantai. Jam menunjuk kan pukul 4 pagi ketika itu Jurulatih memeriksa setiap bilik, dan kami tertangkap kerana tidak tidur di atas katil. Lalu mereka berdua didenda, dan mereka tak sangka masih ramai lg yg kene denda, ketika itu, mereka didienda membuat 'helicopter' dan 'comando rest'. Mereka tabah dan buat pa yang disuruh. Ketika balik ke bilikdan sambung rehat, mereka ketawa, dan masing2 menyalahkan diri masing2. Tetapi sekadar gurauan, ketika hendak rehat. Dia termimpi dia akan menjadi seorang contoh di Plkn. Lalu dia terbangun dan terus bersiap untuk bersolat dan berdoa agar dia dapat melaksanakan tugasnya sebagai seorang hamba.
Ada seorang hamba, yang datang kepadanya bertanyakan. Nabi Muhammad itu wujud ke? Dia tersentap dan memikirkan, dan bertanya "knp kau tanya mcm 2? Kau kan Islam?" . Lalu hamba itu menjawab "Aku mmg islam, tapi aq masih ragu dengan cerita Muhammad." Dia tergamam dan terus diam. "kau tak boleh jawab? apa guna kau solat 5 waktu tapi kau sendiri xboleh jawab soalan mcm itu?". Lantas pemuda itu pergi dan meninggalkan beliau. Dia menangis kerana gagal mempertahan kan agamanya sendiri. Kerana dia sendiri jahil pada waktu dahulu.
Sedang dia duduk sendiiri, "eh, kau ni dari hari 2 senyap je apasal?" tanya seorng pemuda itu. "takde papelah" jawab beliau. "Mcm nilah, kita ni sebagai manusia kan, haruslah mengenali setiap manusia di muka bumi. Kita xboleh sangat mengalah, aku bukan apa. Soalan mcm itu mmg akan ditanyakan pada orang-orang mcm ni. Aku tau, niat kau bagus.Tidak mudah untuk kita menarik seseorang itu kejalan yang benar. " kata-kata semangat dari seorang kawan yg tak dikenali. Lantas dia terus mengalirkan airmata. Dia sedar akan kesilapannya yang lalu, mulai saat itu dia bertekad itu terus menjadi seorang yang terbaik di Plkn tersebut.
Ingin tahu apa akan dibuat oleh Beliau,nantikan sambungan nya.
Dugaan Hamba Yang Hina #6 Create By Luqman Zulhilmi
Subuh menjelang menandakan hari pembukaan baru buat hari tersebut, kesejukan air embun pagi terasa menusuk ke tulang merasakan sesuatu yang bakal menjelma pada waktu itu. Dia terbangun dari tidur yang panjang, terus keluar dari pintu rumah melihat kebesaran ALLAH yang maha Kuasa. Mendengar kicauan burung yang tenang, angin subuh menyejukkan akal, dan keheningan pagi yang indah kelihatan kebiru biruan langit itu. Inilah ciptaan ALLAH yang Maha Esa.
Lantas dia terusi bersiap untuk menuju ke masjid bagi mnyambut seruan ALLAH s.w.t.
Selesai sahaja solat subuh berjemaah di masjid dia pulang dengan penuh kesyukuran kerana memberikan kesempatan untuk melangkah ke masjid pada waktu subuh.
Sesampai sahaja dirumah, dia terfikir seketika. Mengingatkan kisah lalunya yg penuh kejahilan walaupun tidaklah seberat mana namun baginya tetap berdosa dimata ALLAH. Dia terus mengalirkan air mata dan berkata sendiri,"Berapa ramai orang aku sakiti? berapa ramai yang masih berdendam dengan perbuatan ku,? berapa ramai kah aku telah khianat dengannya dan bagai mana dia mahu menebus dosa-dosanya pada manusia." dia menangis terus menangis. Kerana inilah dugaan baginya yang berat, hatinya berkata 'Kenapa aku melakukan ia nya dulu, sedangkan aku tau ianya berdosa.'
Satu hari, dia berjalan di bahagian bagunan kedai. Ketika berjalan sendirian, datang sekumpulan motor mengepung beliau. Dia di pegang tangan oleh kumpulan tersebut, dan mereka mengungut jangan sesekali buat hal lagi. Sebelum mereka beredar, dia ditumbuk dan di sepak tetapi tidak berapa teruk. Lalu mereka beredar, meninggalkan dia. Dia terdiam seketika, dan berfikir dan bertekad biarlah benda ini jadi rahsia aku sahaja. Dia balik ke rumah dan mengambil kunci motor dan beredar pergi ke klinik, tanpa memberitahu sesiapa termasuk keluarganya.
Hari demi hari berlalu, dah masuk bulan ketiga tahun 2010. Ketika itu dia sibuk bekerja dan ketika itu dia dapat panggilan daripada PLKN di Sarawak. Dia tergamam seketika, 'kenapa jauh sangat!' katanya dalam hati. adakah ini seolah-olah dugaan baginya? Penantian PLKN di sarawak merupakan perubahan bagi dirinya dan dia dapat rasakan seolah olah masih banyak lagi dugaan dan ujian yang dia akan hadapi.
Bagaimana dia akan lalui?
#nantikan sambungan cerita ini ketika di PLKN.. lebih byk dugaan dan cabaran yng akan menghadapi beliau.
Dugaan Hamba Yang Hina #4 Creat By Luqman Zulhilmi
Setelah habis peperiksaan bagi pelajar tingkatan 5, peperiksaan yang menentukan masa depan mereka untuk terus menuju ke menara gading. Pemuda itu mengambil langkah untuk terus mencari kerja untuk dia merasai duit nya sendiri tanpa mengharapkan ibu dan bapa dia lagi. Setelah mencari dan mencari akhirnya dia dapat menjaga sebuah kedai komputer yang berada di Gombak. Waktu dia masuk kerja pukul 12 tengah hari hingga 12 malam. Ketika dia bekerja, banyak kerenah pelanggan yang kadang-kadang dia tidak terlayan sampai ada seorang pelanggan mengugutnya.Dia sendiri tidak tahu apa salahnya. Hampir sebulan dia bekerja, dan peroleh gaji. Ketika dia boleh menerima gaji, dia hampir kecelakaan di sebuah highway berdekatan gombak. Dia cuba lari tetapi tertangkap, oleh sekumpulan yang kelihatn seperti orang yang pernah mengugutnya. Dia diaberi amaran dan tak semana-mana dia ditumbuk di bhagian perut ketika mereka ingin beredar dari situ.
Dia balik lewat waktu itu, ibu bapa nya sudah mengunci pintu pagar lebih awal. Tiada tempat lgi dia ingin tuju, lalu diamengambil keputusan untuk tidur diluar pagar. Dalam keadaan sejuk, dia bersendirian tanpa teman. Angin kian lama kian kuat datang ke arah nya. Dia terus meratapi dan mengenangkan apalah nasib hidupnya, sejak kecil lagi ditimpa kecelakaan dan payah bertemu kebahgiaan. Lalu dia terus tidur keletihan tanpa mengira apa yang terjadi. Subuh pun menjelma, Bapanya telah melihatnya di luar keseorangan, bapa nya memanggil dan memarahi nya kerana balik lewat.Dia tanpa berkata apa-apa, dia masuk terus ke dalam rumah. Beberapa minit kemudian, bapanya memanggil dan memarahinya, dia hanya senyap tanpa kata. Lalu menitiskan air mata, kerana bapanya menuduh dia mengisap dadah. Lagi terasa pilu hatinya kerana seumur hidupnyai dia tidak pernah sesekali memegang dadah apatah lagi mencuba benda itu. Air mata terus mengalir, tanpa henti dia menagis. Tibanya malam, mak dia berkata padanya agar dia berhenti bekerja dan bekerja dengan pakcik dia. Lalu dia memikirkan seketika, dan dia terus bersetuju lalu dia duduk di luar jendela rumah sendirian.
Tidak lama kemudian bapanya keluar dan berkata, "abah minta maaf kalau kata-kata abah menyinggung perasaan kau, abah sayangkan kau, kau lah anak sulung lelaki dalam keluarga ini, siapa lagi abah nk mengharapkan jaga adik-adik kau kalau tak kau yang akan diamanah kan.Kau lah tonggak dalam keluarga ni, abah tak nak kau rosak. abah sayangkan kau nak. Abah mintak maaf" sambil memeluk anak sulungnya itu. Dia hanya terus menangis dan bersyukur pada ALLAH kerana dalam duka ada juga terselit bahagia apabila seorang ayah berkata begitu pada anak laki nya yang akan mencecah umur 18 itu. "Sesungguhnya, kita akan jadi sorang abang yang bertanggungjwab pada keluarga abah. Itu janji kitta pada Abah dan mama.." kata-kata itu di keluarkan dari hati dan naluri ikhlas pemuda itu sambil mengesat air mata air mata yang terus mengalir...
#nantikan sambungan cerita ini akan datang....
Dugaan Hamba Yang Hina #5 Create By Luqman Zulhilmi
Setiap kehidupan itu sentiasa ada rintangan yang boleh dilalui atau tidak boleh dilalui. Sehinggakan kadang-kadang ada manusia menggunakan jalan yang dilarang oleh Allah.Nauzubillah, tapi dia terus tabah menghadapi dengan tabah hari-harinya dengan terus berusaha dan terus berusaha. Kini dia mula berkerja di bawah pakciknya sebagai junior technician.Permulaan pekerjaan dia, pergi ke sebuah tempat untuk melakukan pekerjaan. Dia melakukan kerja-kerja nya dengan bersungguh-sungguh. Dipendekkan cerita, habis sahaja dia terus menuju pulang ke rumah. Sebelum pulang ke rumah, dia pergi bersiar-siar di sebuah padang yang tenang lalu dia duduk sementara disitu dan memerhatikan di sekelilingnya. Melihat anak-anak muda ada yang bermain bola dengan sekelompok kumpulan. Menjadikan dia teringat kepada kisah lamanya ketika itu dia sedang bermain-main bola bersama sahabat-sahabat. Menjalani hubungan sillaturahim membuatkan ikatan itu indah dan menjadi kenangan manis baginya. Walaupun dia tahu, ada juga sahabat-sahabat dia pernah menikam dia dari belakang. Namun dia terpaksa terima dan redha kerana kejahilan dia pada suatu ketika dahulu. Sejenak dia terfikir, hina nya dia terhadap ALLAH kerana nikmat yg ALLAH terlampau byk tetapi kenapa dia terus leka dan mudah dihasuti syaitan suatu ketika dulu. Dia terus menitis kan air mata sedikit demi sedikit.Nak menyesal pun tiada guna lagi dan dia merasakan tiada lagi sokongan daripada orang lain dan hanya tinggal keluarga yang dia harapkan agar terus bersemangat meneruskan perjuangan untuk terus hidup. Tiba-tiba, "abang, kenapa abang menangis?" tanya seorang budak kecil yang umurnya dalam anggaran 6 ke 7 tahun wallahu alam tidak pasti. lalu dia menjawab " takdelah adik, mata abang ni masuk habuk.hahaha, ayah adik mana?" dia bertanyakan pada budak kecil itu. "mak kata, ayah dah pergi lama dah tinggalkan farid. Lepas tu mak menangis je." jawab budak itu kelihatan masih belajar berkata-kata. Dia tersentap sementara "Yeke adik, InsyaALLAH nnti adik akan jumpa ayah adik nanti." dia menjawab sambil tersenyum dan perlahan mengalirkan air mata. "Farid, buat apa tu? Mari balik rumah!" ibu budak kecil itu memanggil. "Ok abang Farid balik dulu, mak dah panggil. Bye" kata budak kecil itu pada dia....
Dia terdiam terus dan berkata dalam hati "Ya ALLAH, sesungguhnya aku patut bersyukur kerana ALLAH masih memberi peluan pada aku untuk bersama dengan ibu bapa. Sedang kan umur budak itu masih kecil tapi dah menjadi anak yatim. Semoga roh nya dicucuri rahmatmu Ya ALLAH" dia terus meninngalkan tempat tersebut dengan menaiki kenderaan..
#nantikan sambungan cerita ini akan datang....
Dugaan Hamba Yang Hina #3 Create By Luqman Zulhilmi
Hari berganti hari, masa pantas berlalu pergi. Namun kehidupan hamba Allah ini masih dalam kemurungan dan sendirian didalam bilik. Dalam hatinya hanya memikirkan waktu, waktu tibanya hari peperiksaan bagi dirinya. Dia seolah-olah telah tahu di manakah tempat dia selepas dia habis sahaja peperiksaan besar ini. Dia sentiasa menyalahkan dirinya sendiri dan dia telah menghampakan harapan ayah dan ibu nya agar dapat ke menara gading kelak. Ranap impian ibu bapa ingin melihat kejayaan anak nya berjaya xkesampaian kerana belum apa-apa dia telah dibuang dari sekolah.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk belajar sendiri dirumah dan dia mencari tempat tuisyen belajar. Keluarga dia perlu mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk anak nya walaupun waktu itu, dia tau ibu bapanya mempunyai masalah dengan wang, tp demi kasih sayang ibu dan bapa, ibu bapanya sanggup berkorban demi anak lelaki sulungnya itu..
Dia menjalani hidup dengan penuh tabah, pada setiap pagi dia akan menghantar adik-adiknya ke sekolah menaiki motor cabuknya yang dibelikan oleh bapanya tahun lepas. Motor itu hadiah untuknya kerana keputusan akhir tahun dia dapat menaikan prestasi pelajarannya dengan baik dan sukses. Dia banyak menggunkan motorsikal dia itu denganya berulang alik ke sekolah dan ke rumah. itu lah yang selalu dia lakukan, tetapi itu semua sudah berlalu dan tinggal sejarah.
Bermula kehidupan seperti pelajar biasa apabila dia mula pergi ke tempat tuisyen dan mempelajari cara-cara dan teknik yg berkesan untuk score dalam SPM akan datang.
Dia lebih banyak termenung dan bersedih kerana orang lain balik-balik dari sekolah terus pergi ke kelas tambahan atau tuisyen untuk tambahkan ilmu tetapi dia tidak, dia seorang pelajar yang telah dibuang pangkat pelajar nya di sekolah dan kini hanya menjadi ex student dan hanya tinggal mengambil SPM dan hanya tunggu masa untuk tamatkan zaman pelajrannya tanpa memikir panjang..
Dia berjalan sendiri, dan duduk di tangga sambil memakan aiskrim coklat kegemaran nya. Selintas dia terpandang dan terdengar perbualan seorang anak dan seorang mak yang duduk merempat di tepi tangga itu, "mak, adi lapar mak!" mengadu budak itu sayu sayuan memohon ibunya yang dalam kelaparan. " Nnti ye sayang ,belum ada rezeki kita lagi hari ini. Ingat mak pesan, yakin ALLAH itu sentiasa membantu kita Allah tidak akan bg kita mati kelaparan ye sayang " kata-kata itu dilontarkan oleh seorang ibu yg berjiwa kental dan tabah dalam menghadapi ujian ALLAH walaupun hidup merempat di tepi jalan. "Ya ALLAH, jika aku lah di tempat wanita daif ini YaALLAH, adakah aku dapat bertahan keimanan ku kepadamu Ya ALLAH. Sedangkan ujian mcm ni pon aku dah merungut dan terus bersedih.." dia terus menangis dan mengalirkan air mata tanpa henti. Dia meniti hari-hari dengan penuh ujian dan rintangan , dan dia sentiasa tahu masih ada 1000 dugaan dihapadan menunggu ketibaan nya. Apa lagi yang mampu dia lakukan, dia terpaksa meredah nya walaupun perit dugaan itu...
Rabu, 7 Mac 2012
Dugaan Hamba Yang Hina #2 Create by Luqman Zulhilmi
Waktu untuk berpisah dengan Mekah sudah hampir tiba, hamba Allah ini keluar tepat pukul 10 pagi waktu Mekah. Dia berjalan seorang diri dengan penuh kekesalan dan keinsafan. Dia hadir ke Kaabah kerana melakukan solat hajat memnita pada ALLAH yang maha Agong lagi Pemurah. Melakukan solat tersebut dengan penuh kekusyukan dalam hati dan ketika itu hatinya dia rasakan ibarat hilang dan hilang segala dosa-dosa yang lampau. Dia terus menitiskan airmata dengan penuh keinsafan dan penuh kesedaran, kata hatinya "YAALLAH, kenapa aku melakukan perbuatan yang kau keji YaALLAH,sedangkan aku tau perbuatan itu keji...Ampunilah aku YaALLAH. Tangisan dia dapat didengari para-para jemaah yang berdekatan disitu. Lalu tanpa disedari seorang Hamba ALLAH yang berjubah putih memegang tasbih berjanggut tebal memakai kopiah berserta serban. Dia melontarkan kata-kata pada Hamba ALLAH yang hina ini dalam bahasa indah Al-Quran. Dia merasakan ada yang akan berlaku selepas hamba ALLAH berjubah itu tadi memberikan kata-kata walaupun dalam masa yang sama dia langsung tidak mengerti apakah maksud hamba ALLAH itu. Tp hatinya sentiasa terdetik bahawa dia akan menimpa sesuatu kelak. Perjalanan pulang ke tanah Air Malaysia, rindu yang tak terhingga dirasakan oleh beliau pada keluarga dan sahabat-sahabat serta guru-guru.
Tiba di Tanah Air, dia melihat semua keluarga nya memakai topeng penutup mulut. Ini kerana ketika itu wabak penyakit semakin berleluasa dan kerajaan mengambil tindakan jaga-jaga. Perubahan demi perubahan yang dilihat di sekekelingnya. Namun dia masih bersyukur kerana ALLAH masih berikan dia bertemu dengan semua keluarganya.
Tiba waktu persekolahan, dia seperti biasa akan pergi ke sekolah dengan menaiki motorsikalnya. Tetapi apa yang terjadi dia malah kalah dengan godaan syaitan dan tidak melakukan solat subuh. Seolah-olah dia jd buta kembali dgn azab2 ALLAH berikan padanya sewaktu dia di mekah.
Tiba sahaja di sekolah, dia bertemu dgn teman-temannya yang sudah lama tidak ketemu. Namun walaupun dia baru balik dari mekah, masih ramai yang memandang serong padanya dan seolah-olah mereka menganggap dia dapat pergi ke mekah kerana kekayaan keluarga. Sedang belajar di dalam kelas, dia dipanggil oleh bekas cikgu disiplin untuk di soal siasat. Sampai sahaja ke pejabat, cikguu itu mula berkata-kata dan berceramah dan kata-kata yg dia ingat sewaktu itu adalah " awk tau x? mak awak susah-susah cari duit untuk hantar awk pergi umrah nk betulkan sikit otak awk yang dah xbetul tu.?" dia hanya terdiam dan terus mengalirkan air mata. Kembali ke rumah dan dia terus bertanyakan pada ibunya, "mak, susah ke mak carik duit nak hantar kita ke mekah.?" mak dia menjawab." xdelah, mudah sangat sebab dah sampai seru. ALLAH kata kita akan pergi, kita akan pergi." dia tersenyum tanda dia tidak menyusah kan mak ayah dia.
Keesokkan hari di sekolah, dia diibarat dihasut syaitan besar yang kuat dan membisikkan ke telinganya mengatakan menyuruh dia berjumpa dgn cikgu disiplin dan berbahas dengan mereka. Lalu dia pun menuju ke pejabt dan berkata "cikgu,cikgu dah pernah pergi mekah? cikgu malahan dah berduit, kenapa cikgu tak pergi? ni bermaksud cikgu xdapat seru dari ALLAH untuk menjadi tetamu nya lagi. betul x?" cikgu disiplin itu berasa marah dan menyuruh dia keluar dari pejabat.Setelah perkara itu terjadi,dia dapat tentangan dari rakan-rakannya termasuk kawan baiknya. masing-masing ingin menjatuhkan dia. Dalam masa yng sama, cikgu kerap bermeeting dan dia mendengar cerita mengenai kesnya yang masih diungkit hinnga sekarang. Tamparan yang hebat apabila mak dia memberitahu bahawasanya dia telah dibuang sekolah.. Tersentap dia terdengar perkara sepeti itu... Dia terus menangis tanpa berkata-kata...
#nantikan sambungan cerita ini akan datang....
Khamis, 23 Februari 2012
Dugaan Hamba Yang Hina #1 Create By: Luqman Zulhilmi
kisah ini bermula dari seorang Hamba Allah yang amat hina yang sering melakukan dosa tetapi dia mengaji di sebuah sekolah yang belajar sekolah agama. Tetapi hidupnya berubah ketika berusia 16 atau 17 thn, dia dijemput menjadi tetamu Allah. Sebelum dia bertolak ke tanah suci itu, dia melakukan solat taubat. Dalam hati dia tidak pernah terlintas dia dapat menjadi tetamu ALLAH. Dia amat terkejut kenapa orang yg hina seperti dia dapat di panggil oleh Allah sedang ramai lg yg mentaati perintah Allah lebih ramai. Selintas dia memikirkan bahawa "adakah ini dugaan dari ALLAH untuk aku"...
Persiapan ke Tanah Suci suda diselesaikan, berpisah sementara atau selamanya dengan keluarga, dia berasa berat untuk meninggalkan keluarga nya yg jauh darinya..
Sampai sahaja di Tanah Suci Madinah, dia merasakan keindahan. Tetapi waktu itu dia merasa buta apa yang perlu dicari di kota madinah ni? Dia seolah-olah dibutakan, dan dia tidak tau apa itu makam nabi. Seperti dia sedang beribadat sambil meraba-raba dalam gelap. Hanya pegi balik ke masjid Nabi hanya menunaikan solat. 3 hari lg mahu bertolak ke mekah melakukan Umrah, dia berjalan seorang diri dan mencari apa yang dia inginkan.. semakin dia cari dia rasa semakin kuat dugaan Allah berikan padanya apabila ada hamba ALLAh yg berasal dari negera itu melontarkan kata-kata yang pedih baginya. Secara Automatik dia memahami apa yang dilontarkan oleh pemuda td. Air matanya terus mengalir deras jatuh ke bumi tanda keinsafan telah terbit hari demi hari....
Hari berikutnya , dia bertolak menuju ke Kota Mekah melakukan Umrah bersama para jemaah yang lain, dia melihat kota Mekah alangkah indahnya kota tersebut dan mempunyai keajaiban seolah-olah air terjun yang mengalir laju sedangkan di situ merupakan negara yang panas dan kering kontang. Dia merasakan besarnya kuasa ALLAH hingga kita sendiri tidak dapat memikirkan nya.. Dia dapat merasakan ALLAH ingin dia mencari sesuatu di Kota Mekkah ini, dan ada yang tersembunyi disebalik rahsia kenapa dia berada disini.
Hari demi hari dia menjalani hidup di Kota Mekkah pelbagai rintangan yang dia hadapi yang masih teringat dalam ingatan nya adalah dia tersesat di dalam mekah.. dia tidak tahu mana arah untuk dia tuju ke tempat penginapan dia semula.
Seolah-olah dia telah buntu, tidak tahu apa yang mahu dilakukan. sedangkan ramai orang yang berada disitu.. Tetapi seolah-olah dia hanya nampak kegelapan, kegelapan yang terus menerus apabila dia tersesat. Lalu dia menangis, terus menangis dan berkata "Ya ALLAH, ampunilah dosaku! Ya Allah , aku buta Ya ALLAH. Aku tahu, akulah yang bersalah, kerana aku sentiasa mempersendakan agamamu, Aku pohon. ampunilah hambamu ini..." sedetik selepas pasrah pada Allah, dia tertidur. Dalam mimpinya itu, dia bertemu adik nya yang telah meninggal dunia dari dalam perut lagi. Adiknya berkata pada dia, "abg janganlah terus bersedih, kuatkan lah semangat , berjuanglah untuk islam, perbaiki diri, jadilah seorang pendakwah walaupun dugaan menimpa, adik disini sentiasa menunggu abang di pintu syurga. adq selalu mengingati abang dan keluarga kerana sentiasa mendoakan adik walaupun adik tak pernah bersama keluarga. berusahalah abg, cari jalan kebenaran. sedarlah segra... adik pergi dulu, Assalamualaikum...."
ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR!!!
bergema suara azan subuh, dia terbangun dan mula sedar. Ia seolah-olah merupakan petanda supaya dia berubah ke jalan yang benar agar tidak lagi mempersenda kan agama. Setiap kali dia terus menitis kan air mata, dan terus dan terus... Habis sahaja melakukan solat jemaah subuh. Dia berjalan seorang diri tanpa disedari dia sampai ke tempat penginapan lalu memeluk sahabat2 jemaah nya yang lain. Dan terus menceritakan apa yang terjadi.
#nantikan sambungan cerita ini akan datang....
Sabtu, 18 Februari 2012
10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR
10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR
1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.
2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang
yang haram.
3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka
adalah dari golongan yang suka berdusta.
4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah
dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.
5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.
6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah
manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang
tidak jujur.
7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.
8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang
dalam menetapkan hukum.
9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara
wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan
sebagainya.
10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka
ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.
Langgan:
Ulasan (Atom)









