PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM PARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT,
SELAMAT DATANG KE BLOG INI. HARAP DAPAT BERI PENGAJARAN DAN IKTIBAR PADA KITA SEMUA

MASJID NABI

MASJID NABI

Pengikut

Ahad, 22 April 2012

Dugaan Hamba Yang Hina #7 Create By Luqman Zulhilmi

Bermulalah sebuah pengembaraan yang besar bagi dirinya bila berjauhan selama 3 bln di Sarawak. Tidak kenal siapa, dia hanya mendiamkan diri setelah tiba di lapangan terbang. Hanya menunggu panggilan untuk berangkat ke tanah seberang Sarawak. Ketika itu, dia bersendirian tanpa teman yang di kenalinya. Namun sebelum berpisah dgn keluarga nya, dia hanya menahan air mata nya untuk mengalir dan jatuh kebumi. Disaat itu, dia risau kerana dia takut tidak dapat bertemu keluarganya lagi. Namun dia tetap tabah mengharungi pelbagai rintangan. Dia terus menuju ke arah lapangan terbang dengan dengan rasa sedih. Dia tidak lagi memikirkan apa yang perlu dia buat. Hanya terus berdoa agar dia kembali tempat tinggalnya. Lalu kapal terbang beransur terbang ke awan biru. Sampai saja di Kuching Sarawak, turun dari lapangan terbang, dia terus menyepikan diri daripada orang sekelilingnya. Pada waktu itu, dia tidak mengenali sesiapa pun kerana dia kurang bercakap dengan orang yg dia jarang kenal. Berlalu hari demi hari, peserta Plkn semakin ramai dan pelbagai budaya yg dia kenali antaranya Iban, Bidayuh dan Melanau. Pelbagai adat dan bahasa dia dengar sampai satu tahap dia menyedari dia harus belajar bahasa mereka untuk mendapatkan kawan baru. Hari latihan pun bermula, di Sarawak pukul 5 sudah masuk waktu subuh. Dia bangun awal dan terus melakukan solat subuh dan dia melihat ramai peserta disitu tidak melakukan solat subuh. Dia tidk berani menegur kerana dia masih tdk mengenal orang-orang di sekelilingnya. Akhirnya dia mendapat kawan yang bernama Axel berbangsa Bidayuh yang duduk berdepan dengan katilnya. Dia kerap bertanyakan mcm mana cara-cara untuk mempelajari bahasa Sarawak, disaat itu mereka rapat dan sentiasa bersama. Sampai satu malam mereka panas, dan mengambil peluang utuk tidur di lantai. Jam menunjuk kan pukul 4 pagi ketika itu Jurulatih memeriksa setiap bilik, dan kami tertangkap kerana tidak tidur di atas katil. Lalu mereka berdua didenda, dan mereka tak sangka masih ramai lg yg kene denda, ketika itu, mereka didienda membuat 'helicopter' dan 'comando rest'. Mereka tabah dan buat pa yang disuruh. Ketika balik ke bilikdan sambung rehat, mereka ketawa, dan masing2 menyalahkan diri masing2. Tetapi sekadar gurauan, ketika hendak rehat. Dia termimpi dia akan menjadi seorang contoh di Plkn. Lalu dia terbangun dan terus bersiap untuk bersolat dan berdoa agar dia dapat melaksanakan tugasnya sebagai seorang hamba. Ada seorang hamba, yang datang kepadanya bertanyakan. Nabi Muhammad itu wujud ke? Dia tersentap dan memikirkan, dan bertanya "knp kau tanya mcm 2? Kau kan Islam?" . Lalu hamba itu menjawab "Aku mmg islam, tapi aq masih ragu dengan cerita Muhammad." Dia tergamam dan terus diam. "kau tak boleh jawab? apa guna kau solat 5 waktu tapi kau sendiri xboleh jawab soalan mcm itu?". Lantas pemuda itu pergi dan meninggalkan beliau. Dia menangis kerana gagal mempertahan kan agamanya sendiri. Kerana dia sendiri jahil pada waktu dahulu. Sedang dia duduk sendiiri, "eh, kau ni dari hari 2 senyap je apasal?" tanya seorng pemuda itu. "takde papelah" jawab beliau. "Mcm nilah, kita ni sebagai manusia kan, haruslah mengenali setiap manusia di muka bumi. Kita xboleh sangat mengalah, aku bukan apa. Soalan mcm itu mmg akan ditanyakan pada orang-orang mcm ni. Aku tau, niat kau bagus.Tidak mudah untuk kita menarik seseorang itu kejalan yang benar. " kata-kata semangat dari seorang kawan yg tak dikenali. Lantas dia terus mengalirkan airmata. Dia sedar akan kesilapannya yang lalu, mulai saat itu dia bertekad itu terus menjadi seorang yang terbaik di Plkn tersebut. Ingin tahu apa akan dibuat oleh Beliau,nantikan sambungan nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan