PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM PARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT,
SELAMAT DATANG KE BLOG INI. HARAP DAPAT BERI PENGAJARAN DAN IKTIBAR PADA KITA SEMUA

MASJID NABI

MASJID NABI

Pengikut

Ahad, 22 April 2012

Dugaan Hamba Yang Hina #3 Create By Luqman Zulhilmi

Hari berganti hari, masa pantas berlalu pergi. Namun kehidupan hamba Allah ini masih dalam kemurungan dan sendirian didalam bilik. Dalam hatinya hanya memikirkan waktu, waktu tibanya hari peperiksaan bagi dirinya. Dia seolah-olah telah tahu di manakah tempat dia selepas dia habis sahaja peperiksaan besar ini. Dia sentiasa menyalahkan dirinya sendiri dan dia telah menghampakan harapan ayah dan ibu nya agar dapat ke menara gading kelak. Ranap impian ibu bapa ingin melihat kejayaan anak nya berjaya xkesampaian kerana belum apa-apa dia telah dibuang dari sekolah. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk belajar sendiri dirumah dan dia mencari tempat tuisyen belajar. Keluarga dia perlu mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk anak nya walaupun waktu itu, dia tau ibu bapanya mempunyai masalah dengan wang, tp demi kasih sayang ibu dan bapa, ibu bapanya sanggup berkorban demi anak lelaki sulungnya itu.. Dia menjalani hidup dengan penuh tabah, pada setiap pagi dia akan menghantar adik-adiknya ke sekolah menaiki motor cabuknya yang dibelikan oleh bapanya tahun lepas. Motor itu hadiah untuknya kerana keputusan akhir tahun dia dapat menaikan prestasi pelajarannya dengan baik dan sukses. Dia banyak menggunkan motorsikal dia itu denganya berulang alik ke sekolah dan ke rumah. itu lah yang selalu dia lakukan, tetapi itu semua sudah berlalu dan tinggal sejarah. Bermula kehidupan seperti pelajar biasa apabila dia mula pergi ke tempat tuisyen dan mempelajari cara-cara dan teknik yg berkesan untuk score dalam SPM akan datang. Dia lebih banyak termenung dan bersedih kerana orang lain balik-balik dari sekolah terus pergi ke kelas tambahan atau tuisyen untuk tambahkan ilmu tetapi dia tidak, dia seorang pelajar yang telah dibuang pangkat pelajar nya di sekolah dan kini hanya menjadi ex student dan hanya tinggal mengambil SPM dan hanya tunggu masa untuk tamatkan zaman pelajrannya tanpa memikir panjang.. Dia berjalan sendiri, dan duduk di tangga sambil memakan aiskrim coklat kegemaran nya. Selintas dia terpandang dan terdengar perbualan seorang anak dan seorang mak yang duduk merempat di tepi tangga itu, "mak, adi lapar mak!" mengadu budak itu sayu sayuan memohon ibunya yang dalam kelaparan. " Nnti ye sayang ,belum ada rezeki kita lagi hari ini. Ingat mak pesan, yakin ALLAH itu sentiasa membantu kita Allah tidak akan bg kita mati kelaparan ye sayang " kata-kata itu dilontarkan oleh seorang ibu yg berjiwa kental dan tabah dalam menghadapi ujian ALLAH walaupun hidup merempat di tepi jalan. "Ya ALLAH, jika aku lah di tempat wanita daif ini YaALLAH, adakah aku dapat bertahan keimanan ku kepadamu Ya ALLAH. Sedangkan ujian mcm ni pon aku dah merungut dan terus bersedih.." dia terus menangis dan mengalirkan air mata tanpa henti. Dia meniti hari-hari dengan penuh ujian dan rintangan , dan dia sentiasa tahu masih ada 1000 dugaan dihapadan menunggu ketibaan nya. Apa lagi yang mampu dia lakukan, dia terpaksa meredah nya walaupun perit dugaan itu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan