PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM PARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT,
SELAMAT DATANG KE BLOG INI. HARAP DAPAT BERI PENGAJARAN DAN IKTIBAR PADA KITA SEMUA

MASJID NABI

MASJID NABI

Pengikut

Ahad, 22 April 2012

Dugaan Hamba Yang Hina #9 Create By Luqman Zulhilmi

Angin yag tenang di pagi hari, merasakan datangnya rahmat dari-Nya yang Maha Esa. Dia sudah sampai ke tempat asalnya Kuala Lumpur. Tiba waktu dia mengubah dan terus mengubah dirinya ke arah lebih baik. Dia mendapat tawaran sambung belaja ke Negeri Sembilan. Dia menyatakn hasratnya untuk berjaya ke puncak yang gemilang.Dia datang ke tempat pegajian itu sendirian tanpa keluarga menghantarnya. Dia menjejak kan kakinya kali pertama di tempat pengajian. Setelah itu, apabila dia berjalan sendiri untuk menuju ke asrama. Dalam perjalanan itu, tiba-tiba dia di tahan oleh senior-senior 'eh kau budk baru, jgn buat kerek kat sini ok? hormat senior-senior kau ok!' kata senior itu lantas berlalu pergi. dia hairan kenapa dia juga jd mangsa keadaan. Sampai di bilik, terus mengambil air sembahyang dan terus menunaikan solat asar. Dia duduk bersama seorang yang berasal dari Johor. Tetapi perwatakan lelaki itu sangat berbeza, kelihatn seperti sosial. Namun dia tetap bercakap dengan lelaki itu bernama Rahim. Setelah itu, dia keluar mengambil ketenangan, dengan adanya tangan nya di kamera, dia menangkap gambar di sekeliling bandar itu. Dia duduk di sebuah kedai sambil minum air, tiba-tiba datang seorang budak kecil 'abg nak duit sikit boleh? nak makan. lapar!' , jawab dia 'kenapa ni dik, mak mana?' budak kecil itu berkata 'mak ada kat rumah, mak kata suh carik nasik sendiri.' kawab dia' la, kesiannya mari abg belanja makan. Duduk sekali dgn abg'. Lalu di belanja budak kecil itu makan sepuas-puasnya lalu menepah makanan lebih untuk keluarganya. Sesudah makan, dia terus menghantar budak itu pulang ke rumah. Dia terkejut, kerana melihat rumah budak itu betul-betul kelihatan uzur. Lalu dia dengan semana-mana, dia pun masuk dan berjumpa dengan keluarga bdk itu. 'Makcik ni mmg orang susah dulu, sampai sekarang. Suami Makcik dah lama meninggal dunia. sejak dari makcik susah sangat-sangat, masyarakat pon dah taknk tolong makcik. Makcik sedih sgt kenapa nasib makcik begini sampai org kristian yang nk tolong makcik. Tp makcik tolak, makcik xnk. Kerana makcik percaya , Allah itu adil. Makcik kena bersabar dengan dunia ni. Kadang-kadang makcik putus harapan sampai kadang-kadang makcik nk bunuh diri.susah sangat hutang sana sini. Mcm mana makcik nk tanggung anak-anak makcik sendiri. makcik sampai xblh dah nk hantar anak-anak makcik belaja.' merintih seorang ibu tunggal dengan nasibnya sendiri. 'dia turut menangis kerana baginya orang-orang begini masih ada dalam dunia yang maju ini. Dimanakah keprihatinan masyarakat islam kita sekrang ni? 'Makcik percayalah sesungguhnya orang yang teraniya sentiasa dilindungi ALLAH asalkan kita sentiasa tabah. Jangn sesekali kita kesal dengan agama Islam. Jaminan syurga pada orang Islam.' kata dia pada makcik itu. Lalu makcik itu merintih kan air mata.Setelah itu dia keluar dari rumah itu, Tiba-tiba..... p/s:nantikan episod yang akan datang....

Dugaan Hamba Yang Hina #8 Create By Luqman Zulhilmi

Hari berganti hari, waktu menanti ke alam sebenar telah bermula, kini hampir 2 bulan berada di sarawak dan sudah hampir masa untuk pulang ke Kuala Lumpur tempat kelahirannya. Ketika itu dia sudah mempunyai rakan yang ramai malah pernah menolong daripada pergaduhan antara melayu dan india. Pergaduhan itu bermula apabila seorang india mencari pasal dengan orang melayu terlebih dahulu, dengar khabarnya begitu. Selepas itu, dia mengentahui berita ini dia pun bergegas menuju dan menghalang mereka daripada bergaduh antara 1 sama lain. Dia cuba menghalang dan malangnya dia terkena pukulan dalam pergaduhan itu, namun dia tidak peduli asalkan yang ada dalam hatinya ketika itu agar keadaan menjadi normal semula. Namun begitu, dia mendapat cerita bahawa masih ada ketidak puas hati antara mereka semua tentang pergaduhan tadi. Dengan sifat yang berani dan waras, lalu dia berjumpa dengan semua rakan-rakannya itu tadi agar tidak lgi bergaduh. Dia berkata 'walaupun berlainan kaum tapi kita dicipta oleh yang maha esa. Walaupun kita beragama lain, tetapi kita tidak boleh mengutuk agama lain' lalu mereka senyap buat sementara dan mereka bermaafan antara satu sama lain 'kita kosong-kosong ok?'. Maka dari itu nama dia menjadi sebutan ramai di Plkn tersebut, namun dia bukan lah orang yang popular di situ sebaliknya dia ni suka menyembunyikan diri sendirian memikirkan masa hadapan.Itulah hidup beliau ketika di Plkn .Waktu kemuncak Plkn sudah tiba kini antara org Kuala Lumpur dan Sarawak akan berpisah,tiada kegembiraan dan kenangan manis yang hanya tinggal sekdar memori. Semua menangis kesedihan, kesakitan dan keperitan apabila jalinan antara kawan dijalinkan selama 3 bulan bersama berpisah begitu sahaja. Namun dia tabah dan ramai yang menghampirinya lalu berkata memohon maaf jika membuat kesilapan padanya. Dia menangis kerana dia tahu dia juga pernah melakukan kesalahan terhadap manusia biasa.Bagi dia tiada yang lebih mulia daripada dia melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Malahan dia masih merasa dosa dia kepada manusia , selama dia hidup di muka bumi berapa ramai orang yang telah dia khianati? dan berapa ramai orgkah yang pernah disakiti. Ketika ingin berpisah, Lagu Doa perpisahan di mainkan dengan penuh syahdu dan sedih tidak kira bangsa dan agama mereka merintihkan air mata kesedihan kerana kenangan yang abadi antar kawan-kawan. Dia berkata dalam hati jika perpisahan antara kawan sudah sedih begini. Bagaimanakah para sahabat menanggung kesedihan apabila ingin berpisah nabi Muhammad lalu dia beredar dari dewan itu dan menagis sendirian di tempat lain. nantikan episod yang akan datang....

Dugaan Hamba Yang Hina #7 Create By Luqman Zulhilmi

Bermulalah sebuah pengembaraan yang besar bagi dirinya bila berjauhan selama 3 bln di Sarawak. Tidak kenal siapa, dia hanya mendiamkan diri setelah tiba di lapangan terbang. Hanya menunggu panggilan untuk berangkat ke tanah seberang Sarawak. Ketika itu, dia bersendirian tanpa teman yang di kenalinya. Namun sebelum berpisah dgn keluarga nya, dia hanya menahan air mata nya untuk mengalir dan jatuh kebumi. Disaat itu, dia risau kerana dia takut tidak dapat bertemu keluarganya lagi. Namun dia tetap tabah mengharungi pelbagai rintangan. Dia terus menuju ke arah lapangan terbang dengan dengan rasa sedih. Dia tidak lagi memikirkan apa yang perlu dia buat. Hanya terus berdoa agar dia kembali tempat tinggalnya. Lalu kapal terbang beransur terbang ke awan biru. Sampai saja di Kuching Sarawak, turun dari lapangan terbang, dia terus menyepikan diri daripada orang sekelilingnya. Pada waktu itu, dia tidak mengenali sesiapa pun kerana dia kurang bercakap dengan orang yg dia jarang kenal. Berlalu hari demi hari, peserta Plkn semakin ramai dan pelbagai budaya yg dia kenali antaranya Iban, Bidayuh dan Melanau. Pelbagai adat dan bahasa dia dengar sampai satu tahap dia menyedari dia harus belajar bahasa mereka untuk mendapatkan kawan baru. Hari latihan pun bermula, di Sarawak pukul 5 sudah masuk waktu subuh. Dia bangun awal dan terus melakukan solat subuh dan dia melihat ramai peserta disitu tidak melakukan solat subuh. Dia tidk berani menegur kerana dia masih tdk mengenal orang-orang di sekelilingnya. Akhirnya dia mendapat kawan yang bernama Axel berbangsa Bidayuh yang duduk berdepan dengan katilnya. Dia kerap bertanyakan mcm mana cara-cara untuk mempelajari bahasa Sarawak, disaat itu mereka rapat dan sentiasa bersama. Sampai satu malam mereka panas, dan mengambil peluang utuk tidur di lantai. Jam menunjuk kan pukul 4 pagi ketika itu Jurulatih memeriksa setiap bilik, dan kami tertangkap kerana tidak tidur di atas katil. Lalu mereka berdua didenda, dan mereka tak sangka masih ramai lg yg kene denda, ketika itu, mereka didienda membuat 'helicopter' dan 'comando rest'. Mereka tabah dan buat pa yang disuruh. Ketika balik ke bilikdan sambung rehat, mereka ketawa, dan masing2 menyalahkan diri masing2. Tetapi sekadar gurauan, ketika hendak rehat. Dia termimpi dia akan menjadi seorang contoh di Plkn. Lalu dia terbangun dan terus bersiap untuk bersolat dan berdoa agar dia dapat melaksanakan tugasnya sebagai seorang hamba. Ada seorang hamba, yang datang kepadanya bertanyakan. Nabi Muhammad itu wujud ke? Dia tersentap dan memikirkan, dan bertanya "knp kau tanya mcm 2? Kau kan Islam?" . Lalu hamba itu menjawab "Aku mmg islam, tapi aq masih ragu dengan cerita Muhammad." Dia tergamam dan terus diam. "kau tak boleh jawab? apa guna kau solat 5 waktu tapi kau sendiri xboleh jawab soalan mcm itu?". Lantas pemuda itu pergi dan meninggalkan beliau. Dia menangis kerana gagal mempertahan kan agamanya sendiri. Kerana dia sendiri jahil pada waktu dahulu. Sedang dia duduk sendiiri, "eh, kau ni dari hari 2 senyap je apasal?" tanya seorng pemuda itu. "takde papelah" jawab beliau. "Mcm nilah, kita ni sebagai manusia kan, haruslah mengenali setiap manusia di muka bumi. Kita xboleh sangat mengalah, aku bukan apa. Soalan mcm itu mmg akan ditanyakan pada orang-orang mcm ni. Aku tau, niat kau bagus.Tidak mudah untuk kita menarik seseorang itu kejalan yang benar. " kata-kata semangat dari seorang kawan yg tak dikenali. Lantas dia terus mengalirkan airmata. Dia sedar akan kesilapannya yang lalu, mulai saat itu dia bertekad itu terus menjadi seorang yang terbaik di Plkn tersebut. Ingin tahu apa akan dibuat oleh Beliau,nantikan sambungan nya.

Dugaan Hamba Yang Hina #6 Create By Luqman Zulhilmi

Subuh menjelang menandakan hari pembukaan baru buat hari tersebut, kesejukan air embun pagi terasa menusuk ke tulang merasakan sesuatu yang bakal menjelma pada waktu itu. Dia terbangun dari tidur yang panjang, terus keluar dari pintu rumah melihat kebesaran ALLAH yang maha Kuasa. Mendengar kicauan burung yang tenang, angin subuh menyejukkan akal, dan keheningan pagi yang indah kelihatan kebiru biruan langit itu. Inilah ciptaan ALLAH yang Maha Esa. Lantas dia terusi bersiap untuk menuju ke masjid bagi mnyambut seruan ALLAH s.w.t. Selesai sahaja solat subuh berjemaah di masjid dia pulang dengan penuh kesyukuran kerana memberikan kesempatan untuk melangkah ke masjid pada waktu subuh. Sesampai sahaja dirumah, dia terfikir seketika. Mengingatkan kisah lalunya yg penuh kejahilan walaupun tidaklah seberat mana namun baginya tetap berdosa dimata ALLAH. Dia terus mengalirkan air mata dan berkata sendiri,"Berapa ramai orang aku sakiti? berapa ramai yang masih berdendam dengan perbuatan ku,? berapa ramai kah aku telah khianat dengannya dan bagai mana dia mahu menebus dosa-dosanya pada manusia." dia menangis terus menangis. Kerana inilah dugaan baginya yang berat, hatinya berkata 'Kenapa aku melakukan ia nya dulu, sedangkan aku tau ianya berdosa.' Satu hari, dia berjalan di bahagian bagunan kedai. Ketika berjalan sendirian, datang sekumpulan motor mengepung beliau. Dia di pegang tangan oleh kumpulan tersebut, dan mereka mengungut jangan sesekali buat hal lagi. Sebelum mereka beredar, dia ditumbuk dan di sepak tetapi tidak berapa teruk. Lalu mereka beredar, meninggalkan dia. Dia terdiam seketika, dan berfikir dan bertekad biarlah benda ini jadi rahsia aku sahaja. Dia balik ke rumah dan mengambil kunci motor dan beredar pergi ke klinik, tanpa memberitahu sesiapa termasuk keluarganya. Hari demi hari berlalu, dah masuk bulan ketiga tahun 2010. Ketika itu dia sibuk bekerja dan ketika itu dia dapat panggilan daripada PLKN di Sarawak. Dia tergamam seketika, 'kenapa jauh sangat!' katanya dalam hati. adakah ini seolah-olah dugaan baginya? Penantian PLKN di sarawak merupakan perubahan bagi dirinya dan dia dapat rasakan seolah olah masih banyak lagi dugaan dan ujian yang dia akan hadapi. Bagaimana dia akan lalui? #nantikan sambungan cerita ini ketika di PLKN.. lebih byk dugaan dan cabaran yng akan menghadapi beliau.

Dugaan Hamba Yang Hina #4 Creat By Luqman Zulhilmi

Setelah habis peperiksaan bagi pelajar tingkatan 5, peperiksaan yang menentukan masa depan mereka untuk terus menuju ke menara gading. Pemuda itu mengambil langkah untuk terus mencari kerja untuk dia merasai duit nya sendiri tanpa mengharapkan ibu dan bapa dia lagi. Setelah mencari dan mencari akhirnya dia dapat menjaga sebuah kedai komputer yang berada di Gombak. Waktu dia masuk kerja pukul 12 tengah hari hingga 12 malam. Ketika dia bekerja, banyak kerenah pelanggan yang kadang-kadang dia tidak terlayan sampai ada seorang pelanggan mengugutnya.Dia sendiri tidak tahu apa salahnya. Hampir sebulan dia bekerja, dan peroleh gaji. Ketika dia boleh menerima gaji, dia hampir kecelakaan di sebuah highway berdekatan gombak. Dia cuba lari tetapi tertangkap, oleh sekumpulan yang kelihatn seperti orang yang pernah mengugutnya. Dia diaberi amaran dan tak semana-mana dia ditumbuk di bhagian perut ketika mereka ingin beredar dari situ. Dia balik lewat waktu itu, ibu bapa nya sudah mengunci pintu pagar lebih awal. Tiada tempat lgi dia ingin tuju, lalu diamengambil keputusan untuk tidur diluar pagar. Dalam keadaan sejuk, dia bersendirian tanpa teman. Angin kian lama kian kuat datang ke arah nya. Dia terus meratapi dan mengenangkan apalah nasib hidupnya, sejak kecil lagi ditimpa kecelakaan dan payah bertemu kebahgiaan. Lalu dia terus tidur keletihan tanpa mengira apa yang terjadi. Subuh pun menjelma, Bapanya telah melihatnya di luar keseorangan, bapa nya memanggil dan memarahi nya kerana balik lewat.Dia tanpa berkata apa-apa, dia masuk terus ke dalam rumah. Beberapa minit kemudian, bapanya memanggil dan memarahinya, dia hanya senyap tanpa kata. Lalu menitiskan air mata, kerana bapanya menuduh dia mengisap dadah. Lagi terasa pilu hatinya kerana seumur hidupnyai dia tidak pernah sesekali memegang dadah apatah lagi mencuba benda itu. Air mata terus mengalir, tanpa henti dia menagis. Tibanya malam, mak dia berkata padanya agar dia berhenti bekerja dan bekerja dengan pakcik dia. Lalu dia memikirkan seketika, dan dia terus bersetuju lalu dia duduk di luar jendela rumah sendirian. Tidak lama kemudian bapanya keluar dan berkata, "abah minta maaf kalau kata-kata abah menyinggung perasaan kau, abah sayangkan kau, kau lah anak sulung lelaki dalam keluarga ini, siapa lagi abah nk mengharapkan jaga adik-adik kau kalau tak kau yang akan diamanah kan.Kau lah tonggak dalam keluarga ni, abah tak nak kau rosak. abah sayangkan kau nak. Abah mintak maaf" sambil memeluk anak sulungnya itu. Dia hanya terus menangis dan bersyukur pada ALLAH kerana dalam duka ada juga terselit bahagia apabila seorang ayah berkata begitu pada anak laki nya yang akan mencecah umur 18 itu. "Sesungguhnya, kita akan jadi sorang abang yang bertanggungjwab pada keluarga abah. Itu janji kitta pada Abah dan mama.." kata-kata itu di keluarkan dari hati dan naluri ikhlas pemuda itu sambil mengesat air mata air mata yang terus mengalir... #nantikan sambungan cerita ini akan datang....

Dugaan Hamba Yang Hina #5 Create By Luqman Zulhilmi

Setiap kehidupan itu sentiasa ada rintangan yang boleh dilalui atau tidak boleh dilalui. Sehinggakan kadang-kadang ada manusia menggunakan jalan yang dilarang oleh Allah.Nauzubillah, tapi dia terus tabah menghadapi dengan tabah hari-harinya dengan terus berusaha dan terus berusaha. Kini dia mula berkerja di bawah pakciknya sebagai junior technician.Permulaan pekerjaan dia, pergi ke sebuah tempat untuk melakukan pekerjaan. Dia melakukan kerja-kerja nya dengan bersungguh-sungguh. Dipendekkan cerita, habis sahaja dia terus menuju pulang ke rumah. Sebelum pulang ke rumah, dia pergi bersiar-siar di sebuah padang yang tenang lalu dia duduk sementara disitu dan memerhatikan di sekelilingnya. Melihat anak-anak muda ada yang bermain bola dengan sekelompok kumpulan. Menjadikan dia teringat kepada kisah lamanya ketika itu dia sedang bermain-main bola bersama sahabat-sahabat. Menjalani hubungan sillaturahim membuatkan ikatan itu indah dan menjadi kenangan manis baginya. Walaupun dia tahu, ada juga sahabat-sahabat dia pernah menikam dia dari belakang. Namun dia terpaksa terima dan redha kerana kejahilan dia pada suatu ketika dahulu. Sejenak dia terfikir, hina nya dia terhadap ALLAH kerana nikmat yg ALLAH terlampau byk tetapi kenapa dia terus leka dan mudah dihasuti syaitan suatu ketika dulu. Dia terus menitis kan air mata sedikit demi sedikit.Nak menyesal pun tiada guna lagi dan dia merasakan tiada lagi sokongan daripada orang lain dan hanya tinggal keluarga yang dia harapkan agar terus bersemangat meneruskan perjuangan untuk terus hidup. Tiba-tiba, "abang, kenapa abang menangis?" tanya seorang budak kecil yang umurnya dalam anggaran 6 ke 7 tahun wallahu alam tidak pasti. lalu dia menjawab " takdelah adik, mata abang ni masuk habuk.hahaha, ayah adik mana?" dia bertanyakan pada budak kecil itu. "mak kata, ayah dah pergi lama dah tinggalkan farid. Lepas tu mak menangis je." jawab budak itu kelihatan masih belajar berkata-kata. Dia tersentap sementara "Yeke adik, InsyaALLAH nnti adik akan jumpa ayah adik nanti." dia menjawab sambil tersenyum dan perlahan mengalirkan air mata. "Farid, buat apa tu? Mari balik rumah!" ibu budak kecil itu memanggil. "Ok abang Farid balik dulu, mak dah panggil. Bye" kata budak kecil itu pada dia.... Dia terdiam terus dan berkata dalam hati "Ya ALLAH, sesungguhnya aku patut bersyukur kerana ALLAH masih memberi peluan pada aku untuk bersama dengan ibu bapa. Sedang kan umur budak itu masih kecil tapi dah menjadi anak yatim. Semoga roh nya dicucuri rahmatmu Ya ALLAH" dia terus meninngalkan tempat tersebut dengan menaiki kenderaan.. #nantikan sambungan cerita ini akan datang....

Dugaan Hamba Yang Hina #3 Create By Luqman Zulhilmi

Hari berganti hari, masa pantas berlalu pergi. Namun kehidupan hamba Allah ini masih dalam kemurungan dan sendirian didalam bilik. Dalam hatinya hanya memikirkan waktu, waktu tibanya hari peperiksaan bagi dirinya. Dia seolah-olah telah tahu di manakah tempat dia selepas dia habis sahaja peperiksaan besar ini. Dia sentiasa menyalahkan dirinya sendiri dan dia telah menghampakan harapan ayah dan ibu nya agar dapat ke menara gading kelak. Ranap impian ibu bapa ingin melihat kejayaan anak nya berjaya xkesampaian kerana belum apa-apa dia telah dibuang dari sekolah. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk belajar sendiri dirumah dan dia mencari tempat tuisyen belajar. Keluarga dia perlu mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk anak nya walaupun waktu itu, dia tau ibu bapanya mempunyai masalah dengan wang, tp demi kasih sayang ibu dan bapa, ibu bapanya sanggup berkorban demi anak lelaki sulungnya itu.. Dia menjalani hidup dengan penuh tabah, pada setiap pagi dia akan menghantar adik-adiknya ke sekolah menaiki motor cabuknya yang dibelikan oleh bapanya tahun lepas. Motor itu hadiah untuknya kerana keputusan akhir tahun dia dapat menaikan prestasi pelajarannya dengan baik dan sukses. Dia banyak menggunkan motorsikal dia itu denganya berulang alik ke sekolah dan ke rumah. itu lah yang selalu dia lakukan, tetapi itu semua sudah berlalu dan tinggal sejarah. Bermula kehidupan seperti pelajar biasa apabila dia mula pergi ke tempat tuisyen dan mempelajari cara-cara dan teknik yg berkesan untuk score dalam SPM akan datang. Dia lebih banyak termenung dan bersedih kerana orang lain balik-balik dari sekolah terus pergi ke kelas tambahan atau tuisyen untuk tambahkan ilmu tetapi dia tidak, dia seorang pelajar yang telah dibuang pangkat pelajar nya di sekolah dan kini hanya menjadi ex student dan hanya tinggal mengambil SPM dan hanya tunggu masa untuk tamatkan zaman pelajrannya tanpa memikir panjang.. Dia berjalan sendiri, dan duduk di tangga sambil memakan aiskrim coklat kegemaran nya. Selintas dia terpandang dan terdengar perbualan seorang anak dan seorang mak yang duduk merempat di tepi tangga itu, "mak, adi lapar mak!" mengadu budak itu sayu sayuan memohon ibunya yang dalam kelaparan. " Nnti ye sayang ,belum ada rezeki kita lagi hari ini. Ingat mak pesan, yakin ALLAH itu sentiasa membantu kita Allah tidak akan bg kita mati kelaparan ye sayang " kata-kata itu dilontarkan oleh seorang ibu yg berjiwa kental dan tabah dalam menghadapi ujian ALLAH walaupun hidup merempat di tepi jalan. "Ya ALLAH, jika aku lah di tempat wanita daif ini YaALLAH, adakah aku dapat bertahan keimanan ku kepadamu Ya ALLAH. Sedangkan ujian mcm ni pon aku dah merungut dan terus bersedih.." dia terus menangis dan mengalirkan air mata tanpa henti. Dia meniti hari-hari dengan penuh ujian dan rintangan , dan dia sentiasa tahu masih ada 1000 dugaan dihapadan menunggu ketibaan nya. Apa lagi yang mampu dia lakukan, dia terpaksa meredah nya walaupun perit dugaan itu...